Tuesday, 27 September 2016

PENUTUP



PENUTUP

       Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya kemerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama ,setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila. Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya. Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini .Kesimpulannya , kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing . kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan Negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh pelapis bagi generasi sekarang .

No comments:

Post a Comment