Tuesday, 27 September 2016

ARTIKAL

ARTIKAL PEMBENTUKAN MALAYSIA

















RUJUKAN

RUJUKAN
        Normurni Mohamad/2016 (BUKU PENGAJIAN MALAYSIA)
      https://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/
         http://koleksitugasan.blogspot.my/2012/04/pengajian-malaysia-proses-pembentukan.htm
      http://pembentukanmalaysia.weebly.com/seperti-biasa.html


PENUTUP



PENUTUP

       Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya kemerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama ,setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila. Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya. Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini .Kesimpulannya , kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing . kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan Negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh pelapis bagi generasi sekarang .

PENGAJARAN

PENGAJARAN



-Malaysia telah melalui pelbagai liku, halangan  dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini.



             -Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara  termasuklah pengkhianat negara.



           -Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju negara.



           -Peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Dalam peristiwa ini, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu tidak mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.




FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA


FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN 

MALAYSIA


   
           Pembentukan Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah keselamatan, ancaman komunis, kemerdekaan, dekolonialisasi British, kestabilan politik, ekonomi, dan keseimbangan kaum.

1.     Keselamatan

Dari segi keselamatan, Lee  Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura dan pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PETIR) berasa bimbang kerana keselamatan Singapura terancam akibat perkembangan pengaruh komunis. Lee Kuan Yew berasa bimbang akan pengaruh Barisan Sosialis kerana Barisan Sosialis telah memenangi pilihan kecil di Hong Lim, Singapura pada bulan April 1961. Lee Kuan Yew berasa bimbang juga kerana kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan PETIR pada masa akan datang. Perkembangan pengaruh komunis dalam Barisan Sosialis akan menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura. Perkembangan politik di Singapura ini juga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Beliau bimbang pengaruh komunis dari Singapura akan merebak ke Persekutuan Tanah Melayu.

2.     Ancaman Komunis

Tambahan pula, ancaman komunis juga merupakan faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan pengaruh komunis di Singapura untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau berkeyakinan bahawa Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya pada zaman Darurat (1948-1960). Pengaruh komunis juga turut berkembang dan mengancam keadaan politik di Sarawak. Clandestine Communist Organization (CCO) berjuang untuk menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. Ancaman komunis ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia dengan menggabungkan Singapura, Sarawak, Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia akan dapat membentuk pakatan yang kuat untuk membenteras ancaman komunis.

3.     Kemerdekaan

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura masih belum mencapai kemerdekaan daripada penjajah British. Negeri-negeri jajahan British ini masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan mereka dalam Malaysia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana Malaysia dijangka akan dibentuk dalam tempoh dua tahun. Negeri-negeri tersebut juga dapat menikmati pembangunan politik, ekonomi dan sosial selaras dengan Persekutuan Tanah Melayu. Jelaslah bahawa, kemerdekaan merupakan faktor pembentukan Malaysia.

4.     Dekolonialisasi British         

Dekolonialisasi Bristish merupakan faktor pembentukan Malaysia kerana pembentukan Malaysia adalah selaras dengan hasrat dekolonialisasi terhadap negara-negara kecil yang belum membangun. Pada tahun 1960, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menimbulkan usul agar tanah-tanah jajahan diberi kemerdekaan.

5.     Kestabilan politik

Pembentukan Malaysia diharap dapat memjamin kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Bristih perlu mewujudkan kestabilan politik serantau untuk memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pengkalannya di Singapura.

6.     Ekonomi

Ekonomi menjadi faktor pembentukan Malaysia kerana perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam negeri-negeri Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain. Pembentukan Malaysia akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan akan menguntungkan negeri-negeri yang mundur. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas untuk menggalakkan lagi pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan kerjasama yang memanfaatkan sumber yang sedia ada, misalnya Tanah Melayu kaya dengan biji timah dan getah, Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak, dan Brunei kaya dengan sumber minyak.

7.     Keseimbangan  Kaum

Pembentukan Malaysia dapat menyeimbangkan kaum dengan menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum di negara kita.Singapura mempunyai bilangan orang cina yang lebih ramai manakala Sabah, Sarawak dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang lebih ramai. Penyertaan negeri-negeri tersebut dalam Malaysia dapat mengimbangi kaum di kalangan negara anggota. Pembentukan Malaysia juga mewujudkan kesepadatan dan semangat setia kawan di kalangan anggotanya.

PENGISYTIHARAN MALAYSIA

PENGISYTIHARAN MALAYSIA




Upacara pengisytiharan malaysia diadakan dengan gilang-
gemilang di stadium merdeka kuala lumpur pada 16
SEPTEMBER 1963. Pengistiharaan dibuat oleh tunku
abdul rahman serta dihadiri oleh yang di-pertuan agong,
raja-raja melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura,
Sabah dan Sarawak, anggota kabinet, diplomat asing di kuala
lumpur dan jemputan khas. Upacara pengistiharan malaysia
diadakan secara serentak di Singapura, Jesseiton dan
Kuching. Di Jesseiton, pengistiharan tersebut dibuat oleh
ketua menteri Sabah, Donald Stephens di hadapan Datu 
Mustapha Bin Datu Harun dan wakil kerajaan persekutuan,
Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein. Di Kuching, pengistiharan
dibuat oleh wakil kerajaan persekutuan, iaitu Mohd Khir
Johari dan dihadiri oleh yang dipertua negeri, Abang Haji
Openg Bin Abang Sapiee dan ketua menteri Sarawak, Stephen
Ningkan.

PERSETUJUAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSETUJUAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

        PADA JUN 1963 RUNDINGAN AKHIR PEMBENTUKAN MALAYSIA DIADAKAN DI LONDON DAN BERAKHIR PADA JULAI 1963.

•       IANYA DIPERSETUJUI OLEH WAKIL-WAKIL DARI KERAJAAN BRITISH, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SINGAPURA, SABAH DAN SARAWAK.

•       BRUNEI YANG PADA MULANYA TURUT SERTA DALAM PERUNDINGAN TERSEBUT TELAH MENARIK DIRI PADA SAAT SAAT AKHIR PERJANJIAN ITU DITANDATANGANI.

•       TARIKH AWAL PENUBUHAN MALAYSIA DICADANGKAN PADA 31 OGOS 1963 TETAPI DITUNDA KEPADA 16 SEPTEMBER 1963.

•       IANYA DISEBABKAN OLEH LAPORAN SETIAUSAHA BANGSA-BANGSA BERSATU DAPAT DISIAPKAN PADA 14 SEPTEMBER 1963.




WAKIL KERAJAAN/NEGERI



 

  
WAKIL-WAKIL KERAJAAN BRITISH:

+HAROLD MACMILAN

+DUCAN SANDYS

+LORD LANSDOWNE

           WAKIL-WAKIL PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

+TUANKU ABDUL RAHMAN

+TUN ABDUL RAZAK

+TAN SIEW SIN

+DATUK V.T SAMBATHAN

+DATUK ONG YOKE LIN

+DR. LIM SWEE AUN





 WAKIL-WAKIL SABAH :

+DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN

+DONALD A.STEPHEN

+W.K.H JONES

+KHOOO SIAK CHIEW WS.HOLLEY

+G.D.SUNDANG


 

WAKIL-WAKIL SARAWAK:
+P.E.H.PIKE

+TEMENGGUNG JUGAH

+DATUK BANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA

+LING BENG SIEW

+DATUK ABANG HAJI OPENG

 WAKIL-WAKIL SINGAPURA:

+LEE KUAN YEW

+GOH KENG SWEE